Homepage

Taman TTDI Jaya atau TTDI Jaya merupakan sebuah bandar utama di Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Terletak tiga kilometer dari Bandaraya Shah Alam, Selangor. Dikenali juga sebagai seksyen U2 Shah Alam. Berdekatan dengan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Kompleks SMS PDRM, Pengkalan TUDM dan Stadium Shah Alam. Berkeluasan 265 ekar dan jumlah penduduknya seramai 12,000 orang.

TTDI Jaya, atau Taman Tun Dr. Ismail Jaya, adalah sebuah kawasan perumahan yang dinamakan sempena Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, seorang tokoh politik Malaysia yang terkenal. Kawasan ini dikembangkan sebagai salah satu projek perumahan utama di Shah Alam, Selangor. TTDI Jaya mulai dikembangkan pada awal 1990-an sebagai salah satu projek perumahan utama di Shah Alam.

Pada awalnya, TTDI Jaya dibangunkan untuk menyediakan perumahan berkualiti bagi penduduk yang bekerja di sekitar Shah Alam dan kawasan industri berdekatan. Kawasan ini telah berkembang pesat sejak pembangunannya, dengan pelbagai kemudahan seperti sekolah, taman, dan pusat komersial yang dibina untuk memenuhi keperluan penduduk.

Kini terdapat banyak syarikat popular membuka cawangan mereka disini. Mr DIY, ECO, Guardian, Watson, BIG Pharmacy, BSK Freshmart, Econsave, ZUS Coffee dan Mixue. Memberi peluang pekerja kepada penduduk tempatan dan memberi lebih pilihan untuk penduduk setempat.